Majlis Perhimpunan Bulanan Bil.3/2018

Majlis Perhimpunan Bulanan Bil.3/2018

KOTA KINABALU, SABAH (29 Mac 2018) : KHAMIS, Majlis Perhimpunan Bulanan Bil.3/2018 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah telah berjaya disempurnakan pada hari ini bertempat di Dewan Nephrite, Blok Kinabalu. Perhimpunan pada kali ini dianjurkan dengan jayanya oleh Unit Sumber Mineral.

Seperti biasa, majlis telah dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh En. Mazuan Bin Roslan. Kemudian diikuti dengan nyanyian empat buah lagu rasmi iaitu Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku, Perkhidmatan Awam dan Kami Warga JMG dinyanyikan dengan penuh semangat. Majlis diteruskan dengan pengucapan awam oleh Pn. Faye Donna Edmund dengan tajuk "Brainwave Scan With Aroma Routine". Selesai sesi pengucapan awam, majlis diteruskan lagi dengan taklimat perkongsian daripada En. Arthur Clement Makulim berkaitan dengan "Kursus Peparitan (trenching) Sesar Maechan, Chiangrai, Thailand" yang telah dihadiri beliau pada 14hb hingga 24hb februari 2017. Selepas sesi taklimat selesai, majlis seterusnya menyaksikan Perutusan Pengarah yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah JMG Sabah, Tn. Haji Abdul Kadir bin Ahmad. 

IMG-20180402-WA0034 

IMG-20180402-WA0033IMG-20180402-WA0031

 

Dalam perutusan tersebut, dimaklumkan bahawa En. Wong Vui Chung@Webster Wong, KA(MBL) / Ketua Pegawai Geosains C48 telah diarah menanggung kerja KU(SM) mulai 1/3/2018 sehingga jawatan berkenaan diisi. Semua yang berkaitan dengan Unit SM bolehlah dirujukkan kepada beliau. Manakala, Tn. Haji Nurul Huda Bin Romli akan  ditukarkan daripada Pejabat JMG Sabah  ke Pejabat JMG Sarawak dengan menjawat gred jawatan yang sama. Pertukaran ini akan berkuatkuasa mulai 02 April 2018. Turut dimaklumkan juga, pegawai yang akan bersara pada tahun ini, En. Kennedy Bin Mohd Imran (01.07.2018), Pn. Chong Shok Han (17.07.2018), En. Tharcius Bin Kombuyuk (03.11.2018) dan En. Rosman Bin Erang (01.01.2019) Majlis persaraan akan diadakan serentak dengan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada bulan Julai 2018. Pihak Pengurusan JMG Sabah bersetuju melantik Encik Mazuan Bin Roslan, Pegawai Geosains C44 sebagai Pegawai Keceriaan JMG Sabah yang baharu. Surat pelantikan akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Tugas pertama beliau adalah melaksanakan Projek Gotong Royong yang pertama tahun ini pada bulan hadapan.

IMG-20180402-WA0035IMG-20180402-WA0032

Perkara-perkara lain yang telah disentuh dalam perutusan pengarah termasuklah ucapan syabas, tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga JMG Sabah yang telah terlibat dalam menganjurkan Majlis Perasmian Telaga Tiub Di Kg. Tangkol, Kota Marudu pada 20/03/2018.

Seperti bulan lalu, kali ini tiba giliran kakitangan JMG Sabah yang dilahirkan dalam bulan Mac diraikan dengan dengan lagu selamat harijadi dan memotong kek.

 

IMG-20180402-WA0029IMG-20180402-WA0030IMG-20180402-WA0028

 

 

Written by : ADYREAN