MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH NEGERI BIL. 1/2018 BERSAMA BLOGGER JABATAN

MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH NEGERI BIL. 1/2018 BERSAMA BLOGGER JABATAN

PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN (29 MAC 2018) : KHAMIS, Pihak pengurusan tertinggi ibupejabat sedang mengadakan Mesyuarat Pengarah-Pengarah Negeri Bil. 1/2018 bersama blogger jabatan di Corus Paradise Resort, Port Dickson sekitar jam 10.30 pagi hari ini.

Mesyuarat di pengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi Tuan Hj. Zukeri dan dibantu oleh Pengarah PPO Tuan Hj Nazan Awang. En. Mohd. Yusop bin Ramli turut hadir dalam mesyuarat ini bersama pengarah-pengarah negeri yang lain seluruh JMG Malaysia.

Dalam mesyuarat kali ini para moderator blogger dijemput hadir sama. Tuan Pengarah PPO Tn Hj Nazan Awang telah menyebut di mana Datuk Ketua Pengarah JMG Malaysia telah memberikan pujian dan ucapan setinggi tahniah buat moderator dan pasukan blogger JMG Sabah kerana sangat aktif dan telah mencapai kedudukan yang teratas antara semua blog JMG Malaysia dengan bilangan 178. Perkara ini juga disebut oleh Datuk Ketua Pengarah dalam perhimpunan bulanan Ibupejabat JMG baru-baru ini.


Sumber maklumat dan foto : En. Mohd. Yusop bin Ramli (Pengarah JMG Sabah) dan En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee (KUPM Sabah)

MB1

Moderator Blogger JMG Malaysia

MB2

Pengarah JMG Sabah EN. Mohd. Yusop bin Ramli bersama Pengarah-pengarah negeri lain

En. Joanes Muda (Pengarah Negeri Sembilan) dan En. Jontih Enggihon (Pengarah Selangor)

MB3

MB4

MB5

Senyuman yang manis daripada moderator Sabah

MB6MB7

 

Written by : Suriani Ramlee