Pada 3 September 2012, JMG Kelantan telah mengadakan Majlis Hari Raya Aidilfitri 1433H & Menyambut Pengarah baharu JMG Kelantan, Tn. Hj. Ibrahim Amnan. Berbagai juadah disediakan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan Tuan Pengarah dan diakhiri dengan jamuan makan sambil diiringi lagu-lagu raya. Selamat datang diucapkan kepada Pengarah baharu dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan majlis ini. Semoga Allah memberkatinya.