KURSUS E-PEROLEHAN MODUL SEBUTHARGA DAN MODUL KONTRAK ANJURAN JMG JOHOR DENGAN KERJASAMA COMMERCE DOT COM SDN BHD (CDC)

KURSUS E-PEROLEHAN MODUL SEBUTHARGA DAN MODUL KONTRAK ANJURAN JMG JOHOR DENGAN KERJASAMA COMMERCE DOT COM SDN BHD (CDC)

JOHOR BAHRU, 12 Mac 2019 - Jabatan Mineral dan Geosains Johor telah mengadakan Kursus e-Perolehan bagi Modul Sebutharga dan Modul Kontrak dengan kerjasama syarikat Commerce Dot Com Sdn Bhd bertempat di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9 Menara TH, Johor bahru. Kursus ini telah berlansung selama dua (2) hari, dimana ianya telah dihadiri seramai 16 peserta dari kalangan warga JMG Johor khususnya Pegawai yang telah dilantik sebagai AJK Sebutharga dan kontrak yang telah disampaikan oleh wakil CDC iaitu En Wan Azwan Khairi bin Ibrahim Shukri, selaku Ketua Penyelaras (Kerajaan) bagi sistem e-perolehan. Kursus ini telah dimulakan dengan bacaan doa serta ucapan wakil Pengarah iaitu Tn Hj Noorazhar bin Ngatimin, Timbalan Pengarah (Geosains).

Baca selanjutnya

PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 2/2019

01

JOHOR BAHRU, 06 MAC 2019 - Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 2/2019 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis Perhimpunan bulanan kali ini dipengerusikan oleh Cik Yong Adilah binti Mustafa dan dimulai dengan bacaan doa oleh Encik Khairani bin Othman, nyanyian lagu dan diikuti dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Puan Siti Rohani binti Matsah.

Baca selanjutnya

NAZIRAN PENGURUSAN KEWANGAN DAN ASET OLEH PASUKAN NAZIRAN JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA KE JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA, NEGERI JOHOR

NAZIRAN PENGURUSAN KEWANGAN DAN ASET OLEH PASUKAN NAZIRAN JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA KE JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA, NEGERI JOHOR

JOHOR BAHRU, 27 Februari 2019 - Selamat datang diucapkan kepada pasukan Naziran Pengurusan Kewangan dan Aset dari Ibu pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dengan kehadiran lima (5) orang petugas yang diketuai oleh En Nizarul Ikram bin Abdul Rahim dan telah disambut oleh Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor, Tn Hj Mohamad Hussein bin Jamaluddin.

Baca selanjutnya

MISTERI PAYA PEDA AKHIRNYA TERDEDAH

Empangan Paya Peda yang bernilai RM333 juta merupakan Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (KETARA)  yang dijangka bukan sahaja membekalkan pengairan kepada 8,000 petani di kawasan Besut tetapi membuka misteri penemuan geologi yang penting di Malaysia dengan penemuan fosil yang dianggarkan berusia antara 360 - 270 juta tahun (Period Karbon - Awal Permian).

Baca selanjutnya