Taklimat Kompaun & Efluen Lombong Serta Taklimat Efluen Lombong Manganese Di Aring, Gua Musang

28 Oktober 2013 (Isnin) - Dua taklimat Kakitangan Unit Lombong Dan Kuari bertemu dengan Orang awam iaitu Wakil Pemajak telah diadakan bertempat di Dewan Gunasama Wisma Persekutuan. Perjumpaan tersebut dihadiri hampir 100 orang wakil dari seluruh lombong di Kelantan serta pengurus lombong Negeri Kelantan.

Taklimat yang diadakan pada hari ini dipecahkan kepada dua sesi iaitu sesi pagi iaitu Taklimat Kompaun dan Efluen Lombong yang menerangkan tentang pelaksanaan tindakan kompaun sekiranya berlaku pelanggaran syarat-syarat di dalam sebahagian Akta Pembangunan Mineral 1994.

Manakala sesi petang pula adalah berkaitan Efluen Lombong Manganase di Aring, Gua Musang, Kelantan yang bertujuan untuk berbincang dan mencari penyelesaian berhubung masalah efluen lombong yang kritikal di Sungai Aring.

Written by : nurin