Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Working Group Meeting dan Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Committee (MT-JGSC)

Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Working Group Meeting  dan Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Committee (MT-JGSC)

ALOR SETAR, 13 Ogos 2024: Telah diadakan Mesyuarat Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Working Group dan Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Committee (MT-JGSC) pada 13 dan 14 Ogos 2024, bertempat di Hotel StarCity, Alor Setar, Kedah.

RINGKASAN MESYUARAT

 The 39th Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Working Group Meeting yang diadakan pada 13 Ogos 2024 telah dipengerusikan bersama oleh Dato’ Ir. Ahmad Zukni bin Ahmad Khalil dan Apsorn Sardsud, Director, Geological Survey Division, Department of Mineral Resources, Thailand (DMR). Mesyuarat dihadiri oleh seramai 16 pegawai dari JMG Malaysia dan seorang penasihat pakar. Pihak DMR, Thailand diwakili oleh seramai 8 orang pegawai.

Mesyuarat The 21th Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Committee (MT-JGSC) Meeting yang diadakan pada 14 Ogos 2024 telah dipengerusikan bersama oleh Datuk P. Geol Zamri bin Ramli, Ketua Pengarah JMG Malaysia dan En. Suvapak Imsamut, Deputy Director General, DMR, Thailand. Mesyuarat dihadiri oleh seramai 23 wakil dari Malaysia, yaitu 21 pegawai dari JMG Malaysia, seorang wakil dari Kementerian (Setiausaha Bahagian) yang ahli juga merupakan Ahli Jawatankuasa Bersama dan seorang penasihat pakar. Pihak DMR, Thailand diwakili oleh seramai 9 orang pegawai.

  1. Kerja lapangan serta lawatan pada 15 Ogos 2024 di sekitar bandar Alor Setar, Muzium Padi, Geotapak Gunung Keriang di Kedah dan Kampung Warna Warni, Geotapak Gua Kelam di Perlis.
  2. Mesyuarat melibatkan perbincangan dan perkongsian maklumat dan kepakaran di antara Kumpulan Kerja Malaysia dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Kumpulan Kerja Thailand dari Department of Mineral Resources Thailand (DMR). Perkara yang dibincangkan meliputi kerjasama teknikal dalam bidang geologi, stratigrafi, bencana geologi, fosil dan warisan geologi di kedua-dua negara bagi perancangan pembangunan sumber geologi yang mampan.

Written by : zahar