TAKLIMAT BEKAS LOMBONG TEMBAGA MAMUT

TAKLIMAT BEKAS LOMBONG TEMBAGA MAMUT

RANAU, SABAH ~ 8hb Disember 2017, satu lawatan dari jabatan-jabatan yang berkaitan ke bekas tapak lombong tembaga Mamut. Taklimat lapangan ini bertujuan untuk memberikan input teknikal dan gambaran secara langsung mengenai kebolehlaksanaan opsyen-opsyen pemulihan. Tajuk taklimat yang disampaikan adalah Pelan Konsep Tindakan Pemulihan Lombong (CMRAP) bagi bekas lombong tembaga Mamut berdasarkan susulan pada pembentangan sebelum ini.

Taklimat berkaitan aspek-aspek teknikal perlombongan dan pelan pemulihan bekas lombong disampaikan oleh EN. Mohd. Shafreen bin Mad Isa dan taklimat berkaitan geologi pula disampaikan oleh En. Fredolin Javino. Dua antara pegawai geosains JMG Sabah yang terlibat semasa lawatan kerja ini. 

Banyak agensi kerajaan yang terlibat sama semasa pembentangan taklimat di lokasi Mamut tersebut. Antara agensi kerajaan yang turut serta adalah Kementerian Kewangan Sabah, Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar, Jabatan Perparitan dan Saliran  Sabah dan Pejabat Daerah Ranau.

fredolin

fredolin1

fredolin2

fredolin3

En. Mohd. Shafreen memberikan penerangan ringkas berkaitan lombong Mamut

safren

safren1

safren2

safren3

safren4

safren5

 

Written by : Suriani Ramlee