KOTA KINABALU, SABAH (20 FEBRUARI 2018) : SELASA, Jawatankuasa mesyuarat penyelarasan projek rat dan twg4 malindo telah mengadakan mesyuarat di Bilik Mesyuarat Magnatite, Blok Jesselton, JMG Sabah. Mesyuarat ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Roslan daripada JMG Sarawak. Mesyuarat ini dihadiri oleh En. Jaineh Lingi, Pn. Jenneth Cyril, Pn. Faye Donna Edmund, En. Mazrali bin Alway dan En. Awang Besar bin Hj. Kula daripada JMG Sabah, manakala En. Alvyn Clancey Mickey mewakili ibupejabat JMG Cawangan Pengurusan dan Perancangan dan daripada JMG Sarawak diwakili oleh En. Roslan serta En. Zaidul.
Mesyuarat ini bertujuan bagi membincangkan perjalanan dan perancanga projek rat dan twg4 malindo bagi tahun ini.
Sumber maklumat : En. Alvyn Clancey Mickey
Sumber foto : Pn. Faye Donna Edmund
En. Roslan memberikan penerangan