KOTA KINABALU, SABAH (10 APRIL 2018) : SELASA, Syarikat Borneo Highway PDP Sdn. Bhd. Bekerjasama dengan Kementerian Kerja Raya Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Sabah sedang mengadakan dua mesyuarat bermula pada 09 April 2018 hingga 13 April 2018 di The Pacific Sutera Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.
Mesyuarat tersebut merupakan pelaksanaan projek lebuhraya Pan Borneo Sabah. Mesyuarat pertama berkaitan dengan Pengurusan Nilai Peringkat Value Assessment (VA) bagi WP 6A Kinarut-Lokkawi, WP15A Tawau Coastal Road dan WP27A Libaran Bypass. Manakala mesyuarat kedua berkaitan dengan Pemurnian Pengurusan Nilai Peringkat Value Engineering (VE) bagi WP31 Sg. Baoto-Telupid dan WP32 Telupid-Kg. Lumou Baru.
Dalam mesyuarat ini dua orang pegawai dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah (JMG Sabah) turut hadir sama. Mereka adalah En. Arthur Clement Makulim (Pegawai Geosains C44) dan En. Goh Khean Seong (Pegawai Geosains C41).
Sumber maklumat dan foto : En. Goh Khean Seong
Dalam foto ini En. Arthur Clement bersama wakil-wakil dari agensi lain
Dalam foto ini En. Goh Khean Seong hadir