MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU SAMM MS ISO/IEC 17025:2017

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU SAMM MS ISO/IEC 17025:2017

IPOH, PERAK (25 APRIL 2018) : RABU, satu mesyuarat Jawatankuasa Pemandu MS ISO/IEC 17025:2017 telah diadakan pada 25 April 2018 bertempat di Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh, Perak. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tn Haji Mohamad Bin Kassim dari Cawangan Perkhidmatan Makmal BPT Ipoh.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Pegawai Geosains Perkhidmatan dari Cawangan Perkhidmatan Makmal BPT Ipoh, Makmal Kimiabumi Cawangan Kuantan, Unit Perkhidmatan Makmal JMG Sarawak dan Unit Perkhidmatan Makmal JMG Sabah. En Morius Bantas selaku Pengurus Kualiti dan En Khairun Nasir Moktar selaku Pengurus Teknikal mewakili Makmal Sabah.

Mesyuarat ini bertujuan membincangkan tindakan-tindakan bersepadu antaranya termasuklah pelan migrasi, GAP Analisis dan kajian semula dokumen-dokumen seperti LQM SOP dan TMM yang akan dilaksanakan dalam menjayakan migrasi ke sistem kualiti MS ISO/IEC 17025:2017.

Written by : ruddey