SESI EXIT CONFERENCE NAZIRAN PEROLEHAN OLEH JAN KK

SESI EXIT CONFERENCE NAZIRAN PEROLEHAN OLEH JAN KK

KOTA KINABALU, SABAH (23 APRIL 2018) : ISNIN, pada petang ini, satu sesi perbincangan antara naziran daripada Kumpulan Audit, Jabatan Akauntan Negara Cawangan Sabah bersama Jabatan Mineral dan Geosains Sabah (JMG) sedang diadakan di Bilik Mesyuarat Magnetite, Tingkat 3, Blok Jessleton, JMG Sabah.

Sesi ini turut dihadiri oleh Pengarah JAN Pn. Hjh Tunganai binti Datu Alang (Pengarah Akauntan Gred WA54) dan Pengarah JMG Sabah En. Mohd. Yusop bin Ramli. Turut hadir sama dalam sesi perbincangan ini adalah Timbalan Pengarah Jabatan Akauntan Negara Cawangan Sabah En. Irwin bin Mohamad (Akauntan Gred WA52), pegawai-pegawai audit (juruaudit) daripada Jabatan Akauntan Negara (Unit Audit dan Naziran) bersama pegawai-pegawai JMG Sabah seperti Tn. Hj. Abdul Kadir bin Ahmad (Timbalan Pengarah), Tn. Hj. Nurul Huda bin Romli (Ketua Unit Lombong dan Kuari), En. Morius Bantas (Pegawai Bajet JMG Sabah), En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee (Ketua Unit Pengurusan Maklumat), En. Jeffery Paping (Ketua Unit Pentadbiran dan Kewangan), Pn. K. Halimah binti Alis (Ketua Pembantu Tadbir) dan Pn. Vianni Vincent (Pembantu Tadbir Kewangan W22).

Tujuan sesi ini dijalankan adalah bagi membuat Naziran Perolehan (Pembelian Terus / Lantikan Terus) oleh pihak JAN KK di pejabat JMG Sabah.

Sumber maklumat dan foto : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee

Naziran 1

Pengarah JMG Sabah bersama Pengarah JAN KK dan timbalan-timbalan mereka

Naziran 2

Perbincangan antara JMG Sabah bersama kumpulan naziran JAN KK

Naziran 3

Naziran 4

Pengarah JAN KK dan Timbalan Pengarah JAN KK

 

Written by : Suriani Ramlee