KURSUS DI AGENSI NUKLEAR MALAYSIA

KURSUS DI AGENSI NUKLEAR MALAYSIA

BANGI, SELANGOR (23 APRIL 2018) : ISNIN, Agensi Nuklear Malaysia telah mengadakan kursus bertajuk National Training Course on Uranium, Thorium and Associated Minerals Resource Estimation and Classification berpusat di Agensi Nuklear Malaysia, Bangi, Selangor selama 4 hari bermula pada hari ini 23 April 2018 hingga 26 April 2018.

Bengkel ini dihadiri oleh 9 orang pegawai JMG Malaysia sendiri dan JMG Sabah diwakili oleh En. Webster Wong Vui Chung (Ketua Aktiviti Mineral Berlogam). Terdapat juga beberapa orang wakil daripada Agensi Nuklear Malaysia sendiri. 3 orang pakar daripada International Atomic Energy Agency (IAEA) memberikan taklimat kursus dan berkongsikan informasi.

Sumber maklumat dan foto : En. Webster Wong

Written by : Suriani Ramlee