MESYUARAT PELAN INDUK CERUN NEGARA (PICN) – KUMPULAN KERJA 1 (WG1) PEMETAAN BAHAYA DAN RISIKO CERUN (PBRC) BIL.1/2024 DAN BENGKEL PELAN TINDAKAN WG1 BAGI PELANJUTAN PICN 2025-2030
IPOH, 10 Julai 2023: Mesyuarat Pelan Induk Cerun Negara (PICN) – Kumpulan Kerja 1 (WG1) Pemetaan Bahaya Dan Risiko Cerun (PBRC) Bil.1/2024 telah diadakan untuk membincangkan status dan kemajuan pelan tindakan yang digariskan di bawah kumpulan kerja ini serta isu-isu pelaksanaannya. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Zamri Bin Ramli, Ketua Pengarah JMG. Dalam masa yang sama, Bengkel Pelan Tindakan WG1 bagi Pelanjutan PICN 2025-2030 turut dijalankan untuk merangka pelan tindakan sehingga 2030. Sesi ini melibatkan lebih dari 20 pegawai dari 11 agensi yang terlibat secara langsung dalam pengurusan bencana geologi tanah runtuh negara.