KOTA KINABALU, SABAH (09 MAC 2018) : JUMAAT, satu mesyuarat tergempar diadakan di Bilik Mesyuarat Magnetite, Tingkat 3, Blok Jesselton, JMG Sabah pada jam 8.30 pagi. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Paulius Godwin, Ketua Unit Geosains.
Mesyuarat ini bertujuan bagi membincangkan tindakan susulan selepas kejadian gegaran pada hari semalam di negeri ini. Juga menyusun atur strategik bagi mendapatkan maklumat data gempa daripada penduduk sekitar Sabah yang merasai gegaran semalam. Dalam mesyuarat ini turut hadir bersama beberapa orang Pegawai Geosains, antara mereka adalah En. Jaineh Lingi (Ketua Aktiviti Hidrogeologi), Pn. Jenneth Cyril (Ketua Sub Unit GeoKhidmat), En. Dee Dee Lakkui (Ketua Aktiviti Mineral Tenaga), En. Farid bin Zainudin (Pegawai Geosains Aktiviti Geologi Warisan), En. Goh Khean Seong (Ketua Aktiviti Geofizik), En. Mison Ajum (Pegawai Geosains Aktiviti Geologi Warisan), En. Cleafos Totu (Pegawai Geosains Aktiviti Mineral Berlogam), En. Morius Bantas (Ketua Aktiviti Makmal Eksplorasi Geokimia), Tn. Hj. Nurul Huda bin Romli (Ketua Unit Lombong dan Kuari) dan En. Eddie Affandy bi Mohd Yusslee (Ketua Unit Pengurusan Maklumat).
Sumber maklumat dan foto : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee