PENAMPANG, SABAH (11 MAC 2018) : AHAD, Satu pameran sempena acara "Kimia Run 2018" anjuran Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan Sabah telah diadakan di Kompleks Sukan Penampang. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Objektif penganjuran "Kimia Run 2018" ini adalah untuk menyokong hasrat kerajaan bagi mengamalkan gaya hidup sihat dan membudayakan sukan dan rekreasi di kalangan masyarakat umum di samping sebagai salah satu program STI Outreach (program merakyatkan inovasi) sempena inisiatif Negaraku Berinovasi pada Februari – Mei 2018. Selain itu juga, Jabatan Kimia Malaysia Sabah turut menjemput agensi – agensi kerajaan / badan – badan NGO yang berkaitan dengan sains dan inovasi bersama-sama untuk memeriahkan lagi program tersebut.
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah (JMG) adalah salah satu agensi yang telah dijemput bagi menyertai acara pameran "Kimia Run 2018" ini di mana seramai 4 orang staf JMG yang diketuai oleh En. Redzuan bin Ahmad Banjar (Pegawai Geosains C44), En. Herorisan bin Paruka (Pembantu Geosains C19), En. Fadli bin Sulaiman (Pembantu Geosains C19) dan En. John Ingkangu (Pembantu Operasi N11) terlibat sama dalam program tersebut.
http://blog.jmg.gov.my/pameran-kimia-run-2018#sigProId07bf0568dd