Pasukan kompang Kelab Sukan dan Kebajikan, Pusat Penyelidikan Mineral Ipoh

Pasukan kompang Kelab Sukan dan Kebajikan, Pusat Penyelidikan Mineral Ipoh telah ditubuhkan beberapa tahun yang lalu.  Keahliannya terdiri dari 17 orang ahli. Pasukan Kompang KSK PPM  adalah di antara pasukan kompang yang paling aktif dan menawarkan khidmat yang terbaik di sekitar Ipoh. Berbagai-bagai jemputan dan aktiviti-aktiviti pesat yang telah kami hadiri dan giat dijalankan seperti jemputan perkahwinan, perasmian majlis-majlis rasmi, majlis sambutan orang kenamaan, majlis berkhatan dan sebagainya.  

Kepuasan pelanggan adalah matlamat kumpulan kompang kami dan yang terbaik dari kami. Pasukan kompang juga diserikan dengan pakaian yang ceria. Sedikit saguhati dikenakan dan berbeza mengikut jarak lokasi. Majlis anda akan lebih meriah dengan kehadiran kumpulan kompang kami.

Written by : ezulia