Syarikat Pelancongan St Nevil Ipoh telah melancarkan kempen khidmat sosial syarikat tersebut dengan mengadakan rombongan dari taska terpilih dadri Kampar untuk melawat tempat-tempat menarik di kawasan Ipoh dan Lenggong. Salah satu tempat yang dituju ialah Muzium Geologi Ipoh. Terdapat lima buah taska yang menyertai rombongan pada kali ini dengan setiap satu taska diwakili antara 10-15 orang murid.
Setiap kumpulan ini diiringi 2 orang kakitangan syarikat berkenaan untuk diberi penerangan secara ringkas mengenai geologi, geosains dan geografi. Saksikan detik-detik ketika lawatan ini diadakan.