PERHIMPUNAN PERDANA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH 2018

PERHIMPUNAN PERDANA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH 2018

KOTA KINABALU, SABAH : Isnin, 15hb Januari 2018, Pejabat SUP Negeri Sabah telah menganjurkan satu majlis Perhimpunan Perdana YAB Ketua Menteri Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Hj. Aman bersama anggota Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan Tahun 2018 di Auditorium Aras 4, Blok A, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Kota Kinabalu, Sabah.

JMG Sabah turut menghantar wakil-wakil ke perhimpunan tersebut. Antara yang hadir ke majlis perhimpunan perdana itu adalah Pengarah JMG Sabah sendiri En. Mohd. Yusop bin Ramli, diikuti oleh Tuan Hj. Abdul Kadir bin Ahmad (Ketua Unit Perkhidmatan Makmal), Tuan Hj. Nurul Huda bin Romli (Ketua Unit Lombong dan Kuari), En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee (Ketua Unit Pengurusan Maklumat), En. Jeffery Paping (Ketua Unit Pentadbiran dan Kewangan), En. Paulius Godwin (Ketua Unit Geosains) dan Pn. Jenneth Cyril (wakil Ketua Unit Sumber Mineral).

Lebih 1000 orang kakitangan perkhidmatan awam telah menghadiri masjlis perhimpunan perdana tersebut. Banyak informasi yang diperolehi dalam perhimpunan tersebut. Perkongsian antara penjawat-penjawat awam Negeri dan Persekutuan yang ada di Sabah ini.

assembly awam 2018

Pengarah JMG Sabah bersama Tuan Hj. Abdul Kadir

assembly awam 20181

Tuan Hj. Nurul Huda, En. Jeffery Paping dan Pn. Jenneth Cyril

assembly awam 20182

 

assembly awam 20183

Written by : Suriani Ramlee