Perhimpunan Bulanan, Majlis Perpisahan & Ceramah Kebakaran JMGSWP

Pada 26 June 2013 yang lalu JMG Selangor/Wilayah Persekutuan telah mengadakan satu perhimpunan buat semua staff JMG Selangor/Wilayah Persekutuan. Perhimpunan ini adalah gabungan ketiga-tiga majlis iaitu majlis Perhimpunan Bulanan, Majlis Perpisahan dan juga Ceramah Kebangsaan. Majilis perhimpunan dimulakan dengan Kata-kata aluan dan juga amanat dari Pengarah JMG Selangor / Wilayah Persekutuan sebagai perangsang untuk semua staff JMG Selangor/Wilayah Persekutuan. 

Majlis kemudian diteruskan dengan majlis Perpisahan 2 orang kakitangan staff JMG Selangor/Wilayah Persekutuan iaitu En.Zaimi Mat Nasir(Pembantu Galian J17) yang telah bertukar ke Pejabat JKR Wilayah Persekutuan K.Lumpur sebagai Penolong Jurutera J29 dan juga Cik Ainon Baizura bt. Abu Bakar (Penolong Pegawai Tadbir N27) yang telah bertukar Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) sebagai Penolong Pegawai Tadbir N27. Seluruh warga JMG Selangor/Wilayah Persekutuan amat berbesar hati di atas semua sumbangan dan usaha kerja yang telah di berikan untuk JMG Selangor/Wilayah Persekutuan dan kami juga mengharapkan agar mereka dapat melakukan tugasan dengan dedikasi dan menyesuaikan diri di tempat kerja yang baru.

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak iaitu Ceramah Kebangsaan yang bertajuk "Kebakaran : Keselamatan dan Kesedaran pekerja di Tempat Kerja" yang telah disampaikan oleh En. Lim dari Syarikat Pembekal Alat Kebakaran. Beliau telah menerangkan serba sedikit tentang bahana kebakaran dan juga memberi tips-tips keselamatan yang perlu dipraktikan buat semua staff JMG Selangor/Wilayah Persekutuan untuk mencegah dan juga cara mengatasi jika berlakunya kebakaran di tempat kerja. Perhimpunan bulanan ini tamat sekitar jam 12.30 dan semua staff dijemput untuk menikmati jamuan.

Written by : Daniel