KOTA BELUD, SABAH (11 OKTOBER 2017) : RABU, Jabatan Mineral dan Geosains Sabah telah melantik satu jawatankuasa baru yang diberi nama Jawatankuasa Program Kesedaran Bencana Geologi.
Jawatankuasa ini diketuai dan dipengerusikan oleh En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee. Jawatankuasa ini diberikan tugas untuk melaksanak program ini bagi memberikan kesedaran berkaitan bencana geologi kepada orang awam. Jawatankuasa ini akan membuat satu roadshow ke daerah-daerah di Sabah yang berisiko dengan bencana geologi ini.
Program pertama di daerah Kundasang dan daerah Ranau telah terlaksana pada bulan Jun yang lepas, berikut adalah program kedua jawatankuasa ini, dan sasaran lokasi kali ini adalah di daerah Kota Belud. Program ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj. Musbah. Program ini menyasarkan beberapa buah kampung di daerah Kota Belud.
Seramai 18 orang kakitangan JMG Sabah terlibat dengan program kali ini yang diketuai oleh En. Eddie Affandy, Tn. Hj. Abdul Kadir (wakil Pengarah/Timbalan Pengarah), En. Paulius (KUGS), Dr. Frederick (Penceramah), En. Morius (Pengacara), En. Bailon (Penceramah), AJK kecil Pn. Normi, Pn. Suriani, Pn. Margaret, Pn. Besty, Pn. Shuryanteh, Pn. Carrie, Pn. Mary Chew,En. Herorisan, En. Mujahid, En. John. En. Jeli dan En. Suhaimie.
Tn. Hj Abdul Kadir ditemuramah media
Ucapan Tn. Hj Abdul Kadir selaku wakil Pengarah JMG Sabah
Bacaan doa pembukaan oleh En. Herorisan
En. Paulius ditemuramah media berkaitan GeoWarisan
Rentetan daripada akhbar New Sabah Times
Datuk Hj. Musbah melihat pameran batu-batuan
Dr. Frederick menerangkan berkaitan peta bencana geologi
Menyampaikan cenderakenangan kepada YB Datuk Hj. Musbah
YB Datuk Hj. Musbah memberikan ucapan dan sekaligus merasmikan
En. Bailon memberikan penerangan berkaitan borang soalselidik kejadian gempa
Antara AJK yang ada bersama