Bengkel Pengurusan Jenazah

Biro Agama - PUSPANITA JMG, Ibu Pejabat telah menganjurkan satu Bengkel Pengurusan Jenazah yang disampaikan oleh Ustazah Jariah binti Ahmad dari Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM).

Bengkel Pengurusan Jenazah ini telah diadakan di Dewan Baiduri, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) Putrajaya pada 29 Jun 2012 (Jumaat). Bengkel Pengurusan Jenazah ini telah disertai oleh pelbagai Ahli PUSPANITA Agensi/Cawangan di bawah NRE. Seramai 130 orang Ahli PUSPANITA telah turut serta bagi menjayakan Bengkel tersebut. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan tentang Pengurusan Jenazah yang merupakan Fardhu Kifayah yang perlu diambil berat oleh umat islam. Selain itu, bengkel ini juga boleh melatih dan mendedahkan tetang tatacara yang terperinci mengenai cara menguruskan jenazah, ia juga dapat menunaikan tuntutan fardhu kifayah dalam kehidupan berkeluarga dan bermasyarat dengan rakan sekerja, ibu bapa serta orang Awam yang lain. Disamping itu juga bengkel ini dapat mengeratkan lagi Ukhwah silaturrahim di kalangan umat islam khususnya ahli-ahli PUSPANITA di Agensi/ Cawangan di bawah NRE. Sepanjang Bengkel ini berlangsung peserta telah diterangkan tentang Adab-Adab Menziarahi Orang Sakit, Detik Kematian,dan Pengurusan Jenazah seperti memandikan dan mengkafankan jenazah secara amali.

Written by : norhazliza