LANGKAWI GEOPARK, 20 Mei 2012 - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dengan kerjasama Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG & JMG KPP), Jabatan Taman Laut (JTLM) dan Jabatan Perhilitan Kedah telah menganjurkan program Kembara Bersama Media (KBM) Siri 3 & Siri 4 2012 di Pulau Langkawi , Pulau Payar dan Tuntung Bukit Pinang pada 17 hingga 20 Mei 2012.
Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada wakil Jabatan dan media turut serta menjayakan KBM pada kali ini. KBM bertujuan mengeratkan lagi hubungan baik di antara media massa dengan NRE serta Jabatan/Agensi di samping menjadikan media sebagai rakan informatif melalui "Smart Partnership" yang berterusan. Program ini turut memberi peluang kepada pihak media massa bagi mendapatkan "first hand information" mengenai aktiviti Kementerian dan Jabatan serta membantu mempromosikannya pada masa akan datang.
Majlis Perasmian Penutup Dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Pn. Yamuna A/P Perimalu, Ketua Komunikasi Korporat, Unit Komunikasi Korporat (UKK), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) di Pusat Konservasi Hidupan Liar Bukit Pinang, Kedah.