Program Penghasilan Cat di BINA PAINT INDUSTRIES Sdn. Bhd. (BINA PAINT)

Program Penghasilan Cat di BINA PAINT INDUSTRIES Sdn. Bhd. (BINA PAINT)

BANGI, 8 OGOS - Seramai 11 orang Pegawai dari Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) hari ini telah menghadiri Program Penghasilan Cat di BINA PAINT INDUSTRIES Sdn. Bhd. (BINA PAINT) yang diketuai oleh Dr. Rohaya Othman. Pihak PPM juga telah menyerahkan 500 kg kalsium karbonat termendak atau dikenali sebagai Precipitated Calcium Carbonate (PCC) kepada pihak BINA PAINT. PCC ini akan digunakan oleh pihak BINA PAINT untuk menghasilkan cat. Selain itu, pihak BINA PAINT juga mengiringi serta memberi penerangan berkaitan penghasilan cat di kilang BINA PAINT.