IPOH, 26 MAC - Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sukan dan Kebajikan (KSKPPM) Kali Ke - 23 (MAT-23) telah diadakan di Dewan Seminar Pusat Penyelidikan Mineral (PPM). Mesyuarat ini dirasmikan oleh Pengarah Kanan PPM, YBhg. Dr. Nazwin binti Ahmad, merangkap Penasihat KSKPPM. Dalam mesyuarat ini, para ahli jawatankuasa telah membentangkan laporan mengikut tugas masing-masing kepada semua ahli KSKPPM. Selain itu, terdapat sesi soal-jawab serta sesi berbincangan berkaitan isu-isu berkaitan dengan kelab.
Mesyuarat seterusnya telah membubarkan jawatankuasa sedia ada bagi digantikan dengan jawatankuasa yang baharu setelah selesainya proses pengundian pada 25 Mac yang lalu. Dengan berakhirnya MAT-23, maka berakhirlah pentadbiran JK KSKPPM Sesi 2022/2024. JK sesi itu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala komitmen dan kerjasama dari seluruh ahli kelab.
Menurut wakil JK KSKPPM 2022/2024 itu lagi, pihaknya mengucapkan tahniah dan syabas kepada kepimpinan JK KSKPPM yang baharu. Disamping tu, wakil JK tersebut juga memohon ribuan kemaafan seandainya terdapat kekhilafan sepanjang proses pengundian dan MAT-23 berlangsung.
”Tanpa sokongan dan kerjasama yang diberikan, segala perancangan yang diatur tidak mungkin dapat dilaksanakan” ujarnya lagi.