IPOH, 7 dan 14 Ogos - Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima lawatan daripada pelajar antarabangsa Program 3rd Mineral Resources International Summer School 2024 (MIRESS) di bawah kelolaan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, USM pada hari ini.
Rombongan terdiri daripada 42 orang pelajar dan 1 orang guru pengiring dari Politeknik Akamigas Palembang Indonesia (PAP) dan 3 orang urusetia dari PPKBSM, USM.
Dalam lawatan ini, ahli rombongan telah diberi taklimat mengenai PPM dan dibawa melawat hasil penyelidikan PPM di Galeri Penyelidikan dan makmal-makmal CTBB, CTBL, CTBT dan CTPLK.
Semoga kunjungan lawatan ini dapat memberi input dan perkongsian pengalaman yang berguna dengan para pelajar sebagai pewaris dalam bidang sumber mineral di rantau ini.