Kejohanan Bowling Piala Ketua Pengarah JMG 2020 (8 Januari 2021)

Kejohanan Bowling Piala Ketua Pengarah JMG 2020 (8 Januari 2021)

Penangguhan program ini selama dua (2) tahun disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang mana kes pertama secara rasminya dilaporkan pada 31 Disember 2019 di Wuhan,China yang kemudiannya merebak ke seluruh dunia hingga membawa kepada ‘total lockdown’ di seluruh Malaysia pada 18 Mac 2020.

Akhirnya, pada 8 Januari 2022, Kejohanan Bowling Piala Ketua Pengarah JMG 2020 telah pun berjaya dilaksanakan. Kejohanan ini dilaksanakan setelah majoriti negeri di seluruh negara memasuki Fasa 4 dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), iaitu fasa yang membolehkan segala aktiviti sosial dijalankan dengan mematuhi Garis Panduan & Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak MKN dan KKM.

Kejohanan sulung yang dianjurkan oleh PPM ini telah disempurnakan oleh YBrs. En. Zamri bin Ramli, Timbalan Ketua Pengarah (TKP) JMG (Korporat dan Ekonomi Mineral) diiringi oleh Pengarah Kanan PPM, YBrs. Dr. Nazwin binti Ahmad (PK) serta Ketua-ketua Cawangan PPM. Kemudiannya, pemberian hadiah jemputan kepada YBrs. TKP juga disempurnakan oleh YBrs. Dr. Nazwin atas kesudian YBrs. TKP hadir bagi merasmikan kejohanan ini.

Kejohanan ini adalah terbuka kepada semua Jabatan, Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun. Kejohanan ini telah berlangsung di Ampang Superbowl, Ipoh Parade, Perak dengan kapasiti penuh peserta, sebanyak tiga puluh dua (32) lorong yang boleh menampung sembilan puluh enam (96) peserta pada satu-satu masa. Setiap kumpulan yang mana terdapat tiga (3) peserta.

Berikut merupakan senarai pemenang bagi kejohanan kali ini;


Johan – FRIM (FRIM B)
Naib Johan – PKNP (BETA)
Ketiga – JPN Perak (STAY UP)
Keempat – JPJ Perak (RTD Perak 1)
Kelima – PDRM (Team COP S)
Hi-Game – Mohd Fadzly bin Mustakim ( MP Manjung A)
Hi-Series – FRIM (FRIM B)

Sesi pemberian hadiah kepada pemenang juga telah disempurnakan oleh YBrs. TKP diiringi oleh YBrs. PK di akhir kejohanan ini.

Written by : noorhafizah