15-16 Oktober 2024 – 20 peserta dari Cawangan Teknologi Berasaskan Silika (CTBS) dan kumpulan sokongan berkumpul untuk belajar seni menghasilkan kaca kristal. Bengkel ini adalah anjuran bersama CTBS dan CPP, Pusat Penyelidikan Mineral.
Apa yang menarik?
1) Pendedahan eksklusif! Pelajari langkah demi langkah pembuatan pelet kaca kristal, dari bahan mentah sehingga ke produk pelet yang sedia untuk dipasarkan
2) Kenali alatan dan bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan pelet kaca berkualiti tinggi.
3) Praktikal & teori bergabung! Peserta dapat peluang hands-on menghasilkan pelet kaca sendiri.
4) Stok kaca kristal berkualiti dapat hasilkan kaca kristal yang lutsinar dan menarik
Bengkel ini direka khas untuk meningkatkan pengetahuan & kemahiran peserta dalam pembuatan pelet kaca kristal, lengkap dengan idea baru untuk pengendalian alatan canggih!
Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut boleh hubungi pegawai-pegawai berikut:
Mohd Idham bin Mustaffar
Syarifah Aminah binti Ismail
Mohd Hakim bin Ibrahim
Nabihah binti Othman