
IPOH, 17 DISEMBER - Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima lawatan daripada pelajar tahun dua dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Sumber Mineral, Universiti Sains Malaysia (USM).
Rombongan terdiri daripada 22 orang pelajar tahun 2 dan seorang pensyarah pengiring.
Dalam lawatan ini, ahli rombongan telah diberi taklimat mengenai PPM dan dibawa melawat hasil penyelidikan PPM di Galeri Penyelidikan dan makmal-makmal CTPP, CTBL, CTPLK dan CTPM.
Semoga kunjungan lawatan ini dapat memberi input dan perkongsian pengalaman yang berguna dengan para pelajar sebagai pewaris dalam bidang sumber mineral di rantau ini.