
Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima lawatan daripada pelajar tahun satu Pusat Pengajian Kejuruteraan Sumber Mineral, USM.
Rombongan terdiri daripada 22 orang pelajar tahun 1 dan 2 orang pensyarah pengiring dari PPKBSM, USM.
Dalam lawatan ini, ahli rombongan telah diberi taklimat mengenai PPM dan dibawa melawat hasil penyelidikan PPM di Galeri Penyelidikan dan makmal-makmal CTPP, CTBT, CTPLK dan CTPM.
Semoga kunjungan lawatan ini dapat memberi input dan perkongsian pengalaman yang berguna dengan para pelajar sebagai pewaris dalam bidang sumber mineral di rantau ini.