Lawatan Teknikal Delegasi dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)

Lawatan Teknikal Delegasi dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
IPOH, 30 MEI - Delegasi dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) telah mengadakan lawatan teknikal ke Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG) pada hari ini.
 
Lawatan ini diadakan bersempena dengan Persidangan Pengarah dan Penilai Daerah ke-83 JPPH yang diadakan di Ipoh, Perak. Ketibaan delegasi dari JPPH diketuai oleh YBrs Sr. Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah JPPH.
 
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM) PPM, YBrs Dr. Ismail bin Ibrahim. Para delegasi telah diberi taklimat berkenaan PPM oleh Pegawai Penyelidik, Cik Norinsafrina binti Mustaffa Kamal.
 
Delegasi kemudiannya dibawa melawat ke Galeri Penyelidikan dan Ruang Pameran Terbuka PPM sebelum mereka meneruskan lawatan ke Muzium Geologi.
 
Turut hadir dalam lawatan ini ialah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Operasi) YBrs Sr. Rosni Nawati Binti Ngah.
 
 

Written by : noorhafizah