Majlis Perhimpunan Bulanan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) Bil. 04/2022

Majlis Perhimpunan Bulanan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) Bil. 04/2022
IPOH, 16 NOV - Majlis Perhimpunan Bulanan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) Bil. 04/2022 telah diadakan pada hari ini secara hibrid (fizikal dan dalam talian).
 
Pengarah Kanan PPM, Dr. Nazwin binti Ahmad telah menyampaikan perutusan dan ucapan beliau diikuti dengan tayangan aktiviti R&D&C&I. Beliau juga turut mengumumkan kakitangan baharu iaitu En. Norshahrulnizam bin Yuhani (Pemandu Kenderaan H11) serta Pelajar Latihan Industri, En. Muhammad Ashman Nabil bin Shaful Bahari (UiTM Kampus Cawangan Arau).
Dalam majlis yang sama, Pengarah Kanan telah menyampaikan Anugerah Pekerja Contoh Suku 3/2022 dan Sijil Sukarelawan KOSPEN. Ucapan tahniah juga diberikan kepada Ts. Muhammad Afiq Afandi bin Abdul Aziz di atas perakuan sebagai Teknologis Professional (Ts.) berkuatkuasa 29 Oktober 2022.
 
Majlis ini diakhiri dengan Taklimat Tatacara Pelupusan Sisa Kimia yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelupusan Sisa Kimia PPM, ChM. Anuar bin Othman.

Written by : noorhafizah