IPOH, 19 JAN - Mesyuarat Pengurusan Utama Bil. 1/2023 telah diadakan di Dewan Seminar PPM yang dipengerusikan oleh Pengarah Kanan PPM, YBrs. Dr. Nazwin Binti Ahmad.
Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat ini ialah pencapaian para pegawai penyelidik pada tahun 2022 yang telah banyak mengangkat nama Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia melalui pertandingan-pertandingan inovasi, pembentangan kertas teknikal, dan usahasama yang dijalinkan dengan pihak industri dalam pembangunan mineral.
Di samping itu juga, turut dibentangkan perancangan aktiviti R&D bagi tahun 2023 bagi memastikan kajian-kajian yang berkaitan dengan sumber mineral dapat dijalankan secara efektif dan efisien melalui pembangunan penyelidikan secara mampan.