PROGRAM BULAN KESEDARAN MS ISO 9001:2015 TAHUN 2024: TAKLIMAT KEPENTINGAN KALIBRASI DAN PENYELENGGARAAN PERALATAN PENGUKURAN

PROGRAM BULAN KESEDARAN MS ISO 9001:2015 TAHUN 2024: TAKLIMAT KEPENTINGAN KALIBRASI DAN PENYELENGGARAAN PERALATAN PENGUKURAN
IPOH, 23 SEPTEMBER – Bersempena dengan Bulan Kesedaran MS ISO 9001:2015 yang diadakan sepanjang bulan September, Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP) telah menganjurkan Taklimat Kepentingan Kalibrasi dan Penyelenggaraan Peralatan Pengukuran pada hari ini.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Ts. Adlan Akram bin Mohamad Mazuki, Metrologis Kanan dari National Metrology Institute of Malaysia (NMIM). Taklimat ini merangkumi 3 topik iaitu Pengenalan Metrologi di Malaysia dan Kepentingan Kalibrasi dan Verifikasi, Kefahaman Laporan Kalibrasi dan Sijil Bahan Rujukan Diperakui dan Amalan Terbaik Penyelenggaraan Peralatan Pengukuran.
Semoga penyampaian taklimat ini dapat memberi pengetahuan kepada semua peserta berkaitan kepentingan dalam proses kalibrasi dan verikasi di samping pemahaman dalam membaca Laporan Kalibrasi dan Sijil Bahan Rujukan Diperakui serta amalan terbaik penyelenggaraan peralatan pengukuran demi mendapatkan keputusan bacaan yang tepat dan jitu.