Lawatan Pelajar Antarabangsa Program Mineral Resources International Summer School 2023 (MIRESS 2023)

Lawatan Pelajar Antarabangsa Program Mineral Resources International Summer School 2023 (MIRESS 2023)
IPOH, 16 OGOS - Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima lawatan daripada pelajar antarabangsa Program Mineral Resources International Summer School 2023 (MIRESS 2023) di bawah kelolaan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, USM pada hari ini.
Rombongan terdiri daripada 47 orang pelajar dan 1 orang guru pengiring dari Politeknik Akamigas Palembang (PAP) dan 4 orang urusetia dari PPKBSM, USM.
Dalam lawatan ini, ahli rombongan telah diberi taklimat mengenai PPM dan dibawa melawat hasil penyelidikan PPM di Galeri Penyelidikan dan makmal-makmal CTPM, CTBL, CTPP dan CTPLK.
Semoga kunjungan lawatan ini dapat memberi input dan perkongsian pengalaman yang berguna dengan para pelajar sebagai pewaris dalam bidang sumber mineral di rantau ini.

Kunjungan daripada Agensi Nuklear Malaysia (ANM)

Kunjungan daripada Agensi Nuklear Malaysia (ANM)
IPOH, 9 MAC - Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima kunjungan daripada Agensi Nuklear Malaysia (ANM) bagi perbincangan berkaitan dengan pengekstrakan unsur nadir bumi (REE) daripada sumber lempung jerapan ion (IAC), bauksit dan saliran lombong berasid (AMD) serta potensi kerjasama.
 
Dalam rangka lawatan ini, rombongan ANM yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Teknologi Industri, Dr. Nor Pa’izal bin Mohamad Hasan bersama pegawai-pegawai penyelidik dari Unit Mineral dan Nadir Bumi, ANM.
Rombongan telah diberi taklimat ringkas pengenalan PPM, perbincangan, dibawa melawat ke Galeri PPM dan demonstrasi ujian pengekstrakan REE di makmal.
 
Semoga kunjungan lawatan ini dapat membuka peluang kerjasama dalam meningkatkan lagi industri mineral di negara ini.

Lawatan Kerja Pahang Mining Corporation Sdn Bhd ke Pusat Penyelidikan Mineral (PPM)

Lawatan Kerja Pahang Mining Corporation Sdn Bhd ke Pusat Penyelidikan Mineral (PPM)
IPOH, 2 MAC - Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima kunjungan daripada Pahang Mining Corporation Sdn Bhd sempena Lawatan Kerja ke Negeri Perak pada hari ini.
 
Dalam rangka lawatan ini, delegasi Pahang Mining Corporation diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tuan Haji Ahmad Rizal Bin Ali @ Jaafar bersama pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah dan Galian Pahang dan JMG Pahang termasuk pengarahnya Dato' Nurul Huda bin Romli.
 
Rombongan telah diberi taklimat dan dibawa melawat ke Galeri PPM dan Stesen Ujian Galian (SUGA) di Malim Nawar, Perak.
Semoga kunjungan lawatan ini dapat membuka peluang kerjasama dalam meningkatkan lagi industri mineral di negara ini.