LUMUT, 21 JULAI - Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan Mineral, Dr Nazwin Bt Ahmad telah merasmikan Bengkel Pemantauan Pencemaran Udara Di Kuari yang dianjurkan oleh Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian, Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh Perak.
Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini adalah bertujuan bagi memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan PPM dan JMG yang terlibat dengan kerja-kerja persampelan di kuari-kuari.
Semoga dengan adanya bengkel ini dapat membantu dalam melancarkan proses-proses kerja yang melibatkan persampelan di kalangan warga JMG.