Sambutan Hari Inovasi 2012 Bahagian Perkhidmatan Teknikal

Sambutan Hari Inovasi 2012 Bahagian Perkhidmatan Teknikal, yang sepatutnya diadakan pada 21 November lalu akan ditunda kepada 4 Disember (Selasa) atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sambutan pada tahun ini akan diisikan dengan beberapa aktiviti, antaranya:

- Ceramah kesihatan, pameran kesihatan, pemeriksaan kesihatan dan derma darah.
- Anugerah Inovasi Perkhidmatan Teknikal.
- Anugerah Jabatan kepada kakitangan yang tiada cuti sakit melebihi 5 tahun.
- Anugerah Jabatan kepada kakitangan yang tiada tanda merah pada kad perakam waktu melebihi 5 tahun.
- Anugerah Jabatan kepada pekerja berintegriti.
- Anugerah Jabatan kepada kakitangan Inovatif dan Kreatif.

Written by : zahar