SESI PERJUMPAAN BAGI PERBINCANGAN KERJASAMA ANTARA JMG DAN JABATAN GEOLOGI, UNIVERSITI MALAYA
Jabatan Geologi, Universiti Malaya (UM)
11 Julai 2023
Sesi perjumpaan dan mesyuarat bagi membincangkan kerjasama dua hala antara kedua belah pihak telah dijalankan.
JMG telah diwakili oleh
wakil pihak Pengurusan JMG dan Unit Komunikasi Korporat, manakala pihak UM telah diketuai oleh Ketua Jabatan Geologi, UM dan disertai oleh para pensyarah serta wakil dari Bahagian Pentadbiran.
Pertemuan adalah dalam suasana yang santai namun telah membuahkan beberapa cadangan awal untuk tujuan tersebut.
Terimakasih kepada pihak Jabatan Geologi, Universiti Malaya yang menjemput JMG ke pertemuan ini dan semoga ianya akan menghasilkan hubungan yang lebih erat.