Lawatan KSU ke Makmal REE JMG Ipoh

Lawatan KSU ke Makmal REE JMG Ipoh

IPOH, 29 April 2024: Hari ini, Makmal REE JMG Ipoh telah menerima tetamu dari Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian, NRES. Lawatan ini adalah kesinambungan dari Mesyuarat JTPK yang berlangsung di Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) pada sebelah pagi. Lawatan telah diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, DATUK DR. CHING THOO A/L KIM, TKSU (SA), PUAN NORSHAM BINTI ABDUL LATIP, TKSU (KA), DATUK NOR YAHATI BINTI AWANG, SUB-SUB dan Ketua-ketua Jabatan di Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

Baca selanjutnya

MAKMAL BPT DISIASAT EKORAN KEBOCORAN GAS

MAKMAL BPT DISIASAT EKORAN KEBOCORAN GAS
IPOH, 2 Februari 2024: Hari ini Makmal BPT telah didatangi oleh tiga pegawai dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) berikutan laporan akhbar mengenai kebocoran gas ammonia yang berlaku di Makmal BPT semalam.
JKKP telah diketuai olh Ir Rizal Azizi. Dalam siasatan ini, JKKP telah memberikan beberapa cadangan penambahbaikan yang perlu diambil tindakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia - JMG.