Johor Bahru, 21 Februari 2024 – StatsMalaysia atau Jabatan Perangkaan Malaysia merupakan agensi yang bertanggungjawab menyediakan pelbagai maklumat statistik termasuk dalam bidang ekonomi, sosial, demografi dan alam sekitar yang digunakan sebagai input dalam pembentukan pelaksanaan, penilaian dan semakan semula dasar awam negara.
KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA NEGERI JOHOR (StatsMalaysia) DAN JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA) NEGERI JOHOR
Pengarah JMG Johor, Tuan Haji Noorazhar bin Ngatimin telah berkunjung hormat ke rakan sejawat beliau iaitu Puan Mazreha binti Ya'akub (Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia, Johor) dalam rangka menjalin hubungan dan kerjasama dalam hal-hal berkaitan statistik. Setiap tahun, JMG turut melaksanakan kerja-kerja pengumpulan dan mengeluarkan laporan statistik berkaitan pengeluaran dan penggunaan mineral dan batuan negara. Justeru kerjasama JMG-DOSM ini akan memantapkan lagi bentuk maklumat dan rumusan data yang diperoleh agar laporan yang dikeluarkan lebih bermanfaat sama ada kepada Kerajaan mahu pun pemain industri berkaitan.