TAKLIMAT DAN PELANCARAN ENAKMEN WARISAN NEGERI 2017

TAKLIMAT DAN PELANCARAN ENAKMEN WARISAN NEGERI 2017

KOTA KINABALU, SABAH (22 FEBRUARI 2018) : KHAMIS, Jabatan Muzium Negeri Sabah telah mengadakan taklimat dan pelancaran enakmen 2017 di dewan G.C Wooley, Kompleks Muzium Negeri Sabah. JMG Sabah merupakan salah satu jabatan yang dijemput hadir sama dalam majlis tersebut.

JMG Sabah diwakili oleh Pn. Jenneth Cyril dan En. Farid bin Zainudin. Taklimat dan Pelancaran Enakmen Warisan 2017 ini dirasmikan dan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah dan ditutup oleh Pengarah Muzium Sabah sendiri En. Mansur bin Hj. Asun sekitar jam 4.00 petang.

Terdapat beberapa taklimat ringkas telah dikongsikan pada program tersebut. Antaranya adalah "Pengenalan Enakmen Warisan Negeri" oleh En. Mansur bin Hj. Asun. Taklimat kedua bertajuk " Fungsi  dan Tanggungjawab Majlis Warisan Negeri " oleh Pn. Joanna Datuk Kitingan, Pegawai Warisan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. Taklimat ketiga bertajuk " Warisan Kebudayaan Ketara (tangible)" oleh En. A. Lester J. Milip, Kurator Antikuiti di Jabatan Muzium Sabah dan taklimat terakhir bertajuk "Warisan Kebudayaan Tak Ketara (intangible)" disampaikan oleh Pn. Flora Iban, Pegawai Kebudayaan di Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.

Para peserta taklimat dan jemputan juga dibawa melawat ke rumah-rumah tradisional yang terdapat di dalam kawasan Muzium Sabah. Sedikit nota ringkas berkaitan Enakmen Warisan Negeri 2017 :

 

ENAKMEN WARISAN NEGERI 2017

Enakmen No. 7 Tahun 2017 diperkenalkan oleh Tun Datuk Seri Panglima (DR) Haji Juhar bin Haji Mahiruddin, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, pada Disember 2017.

Enakmen ini dinamakan Enakmen Warisan Negeri 2017, dengan tujuan untuk mengadakan peruntukan pemuliharaan dan pemeliharaan Warisan Negeri, tapak warisan, dan objek warisan, warisan kebudayaan ketara dan warisan kebudayaan tidak ketara, dan perkara-perkara yang berkaitan.

dipetik daripada Enakmen Warisan 2017

Sumber maklumat dan foto : En. Farid bin Zainudin

pic

Taklimat sedang disampaikan

pic1

taklimat muzium

tarian murut

Persembahan tarian tradisional suku kaum Murut sebagai pembuka program

tarian murut1

Penari-penari daripada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah

 

 

 

 

Written by : Suriani Ramlee