TAKLIMAT PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA (PPGN) 2021-2030 DAN PELAN PELAKSANAAN GEOPARK NEGARA (PLGN) DI NEGERI SABAH TAHUN 2023

📍Kota Kinabalu, Sabah
📆 06 Disember 2023
 
JMG dan NRECC telah menganjurkan program taklimat berkaitan PPGN dan PLGN kepada Kerajaan Negeri Sabah yang diwakili oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah.
Taklimat teknikal telah diberikan oleh YBhg. Datuk P.Geol. Zamri bin Ramli, Ketua Pengarah JMG.
 
Perserta taklimat adalah terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta institusi pengajian tinggi di Negeri Sabah.
Ini merupakan sesi taklimat yang pertama kepada pihak Kerajaan Negeri semenjak kedua-dua pelan ini dipersetujui oleh YAB Perdana Menteri dalam Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara Ke-42 (MPFN Ke-42) untuk diterima pakai di semua Pihak Berkuasa Negeri dan Tempatan termasuk di Sabah dan Sarawak.
 
Secara dasarnya pihak Kerajaan Negeri Sabah menerima baik akan pemakaian pelan-pelan ini.
Alhamdulillah majlis berjalan dengan amat lancar. Semoga hubungan yang baik antara pihak JMG dan pihak berkepentingan berkaitan geopark di Negeri Sabah akan terus dijalinkan bagi memastikan kawasan geopark diurus dengan baik dan lestari.

Written by : azrul_aziz@jmg.gov.my