TAKLIMAT PROGRAM FIT & COOL 2018 (PROGRAM PENGURUSAN BERAT BADAN) KEPADA INSTITUSI KERAJAAN DAN SWASTA

TAKLIMAT PROGRAM FIT & COOL 2018 (PROGRAM PENGURUSAN BERAT BADAN) KEPADA INSTITUSI KERAJAAN DAN SWASTA

KOTA KINABALU, SABAH (24 JANUARI 2018) : RABU, 10.00 pagi.  Satu Taklimat daripada Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) sedang melaksanakan Program Fit & Cool 2018 bagi menggalakan amalan gaya hidup sihat yang memfokuskan kepada pengurusan berat badan yang unggul dan pemakanan sihat.  Taklimat telah disampaikan oleh Puan Noraini Mustafa [Pengarah Perancangan Dan Penilaian Program, Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat)] bertempat di Auditorium Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Negeri Sabah.  Seramai enam puluh (60) orang daripada pelbagai agensi/organisasi telah menghadiri taklimat tersebut.  Puan Shuryanteh binti Mohd Yassin dan Puan Besty J. Adim telah hadir sebagai wakil daripada JMG Sabah.  Sekian.

Nota Ringkas daripada Taklimat:-

1.            MySihat – Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia adalah Badan Berkanun di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang ditubuhkan di bawah Akta 651 telah diwartakan pada 29 Jun 2006 dan dikuatkuasakan oleh Menteri Kesihatan pada 1 April 2007.

2.            Objektif Penubuhan – Untuk memajukan dan menyokong program pelbagai strategi bagi mempromosi dan menyokong cara hidup yang sihat dan persekitran yang sihat melalui berbagai latar dan sektor.

3.            Apakah Program ‘fit & cool’? – Program intervensi pengurusan berat badan selama tiga (3) bulan yang mempunyai elemen aktiviti fizikal, runding cara pemakanan secara berkala dan motivasi diri serta ujian saringan kesihatan.

4.            Kejayaan Program ‘fit & cool’ 2015 hingga 2017 – 80% yang telah berjaya menurunkan berat badan asal.  Sebanyak 32% peserta yang berjaya menurunkan 5% penurunan berat badan asal.  85.2% telah telah dapat meningkatkan kecergasan diri.  53.6% peserta telah berjaya membaiki bacaan tekanan darah tinggi kepada yang lebih baik.  49.5% peserta telah berjaya membaiki Ukur Lilit Pinggang kepada yang lebih baik.  35% peserta telah berjaya membaiki paras gula dalam darah kepada yang lebih baik.

5.            Kaedah Pelaksanaan – Langkah 1 (Taklimat Program kepada peserta), Langkah 2 (Saringan Kesihatan [AWAL]), Langkah 3 (Aktiviti Fizikal dan Runding Cara Pemakanan secara berkala dalam 3 bulan), Langkah 4 (saringan kesihatan [AKHIR]).

6.            Kenapa Mesti Pilih ‘Fit & Cool’? – Fasilitator terdiri daripada pakar-pakar bertauliah yang diiktiraf badan berkuasa.  Program ini terbukti berkesan dengan testimoni yang baik daripada bekas-bekas peserta dan penurunan berat badan sehingga 28 kg!! iaitu bersamaan 26% penurunan dari berat badan asal.  24 kali @ 2 kali seminggu bersama instructor (sesi senaman ketahanan kardio & sesi senaman kekuatan). 

7.            Yuran LEBIH MURAH daripada harga pasaran – pakej fit & cool MySihat (2 x saringan kesihatan, 24 x sesi aktiviti fizikal, 6 x sesi runding cara pemakanan = RM200/-!!! seorang bagi tempoh 3 bulan).

8.            Untuk keterangan Lanjut – Zon Utara (Pn. Ain 012-2666351 / Pn. Azifa 017-6742686), Zon Timur (En. Shukrimi 019-9454780 / En. Azizi 013-9997421), Zon Selatan (Pn. Nadia 019-3161320 / Pn. Nisa 019-2414027), Zon Wilayah (En. Yuznir 017-2218578 / Pn. Farah 013-5818081). Atau Borang Penyertaan boleh didapati di laman web MySihat – http://www.mysihat.gov.my.

*kakitangan JMG Sabah yang berminat sila hubungi Zon Wilayah.

Bahan dipetik dari kertas hands out taklimat.

fit and cool blog1fit and cool blog2

Written by : BESTY