SIHAT DENGAN BERBASIKAL

SIHAT DENGAN BERBASIKAL

KOTA KINABALU, SABAH (25 JANUARI 2018) : KHAMIS, Seperti yang kita sedia maklum bahawa kerajaan telah menyarankan semua kakitangan perkhidmatan awam agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat. Justeru itu, warga JMG Sabah menyahut cabaran dengan mengadakan aktiviti berbasikal sesama rakan sejawat.

Mereka yang aktif dengan aktiviti meronda dengan berbasikal adalah En. Redzuan bin Ahmad Banjar, En. Awang Besar bin Hj. Kula, En. Jasni bin Jaya, En. Suhaimie bin Suman dan seorang rakan mereka dari luar JMG. Mereka telah berkayuh mengelilingi bandar Kota Kinabalu, mereka juga telah berkayuh sehingga ke daerah Papar. Aktiviti berbasikal ini juga sebenarnya aktiviti peninggalan mantan pengarah JMG Sabah iaitu Tn. Hj. Mustafar bin Hamzah. Pada tahun 2018 ini mereka menyimpan hasrat untuk memulakan aktiviti sihat dengan berbasikal selepas waktu bekerja. Semoga mereka dan rakan-rakan warga JMG Sabah akan mengikut jejak mengamalkan aktiviti sihat ini tidak kira dengan cara apa pun samaada berbasikal, berjogging, mendaki bukit dan sebagainya. Semoga warga JMG Sabah dan JMG Malaysia terus diberikan kesihatan yang baik.

Sumber Photo : En. Jasni bin Jaya

Sumber Maklumat : En. Awang Besar bin Hj. Kula serta penulis sendiri

 

Written by : Suriani Ramlee