KOTA BELUD, SABAH ~ 25 November 2017 bersamaan pada hari sabtu, satu lawatan kerja Ketua-ketua Unit dan Ketua-ketua Aktiviti Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah ke daerah Kota Belud. Lawatan mereka merupa lawatan kerja projek pembangunan RMK ke 10 bagi tahun ini. Lawatan ini diketuai oleh Ketua Aktiviti Hidrogeologi iaitu En. Jaineh Linggi. Seramai lebih kurang 20 orang pegawai dan pemandu terlibat dalam lawatan kerja ini.
Program lawatan ini merupakan salah satu program yang telah dirancang dalam program tahunan JMG Sabah. Lawatan kerja kali ini juga disertai oleh Tuan Pengarah JMG Sabah sendiri. Mereka melawat ke tapak telaga tiub bagi dua kampung yang berbeza. Kampung yang terlibat pada kali ini ialah Kampung Timbang Dayang, Kota Belud dan Kampung Dudar, Kota Belud. Dalam lawatan kerja ini juga pihak kontraktor yang dilantik mengambil kesempatan untuk membuat majlis penyerahaan kunci sistem telaga tiub di Kampung Dudar, Kota Belud.
Penyerahan kunci sistem telaga tiub Kg. Dudar oleh wakil kontraktor kepada Tuan Pengarah JMG Sabah