KOTA MARUDU, SABAH ~ Pada 25 November 2017, satu kempen kesedaran awam berkaitan penggunaan air bawah tanah telah berlangsung, Kempen ini diketuai oleh En. Jaineh Linggi selaku Ketua Aktiviti Hidrogeologi, JMG Sabah.
Tujuan kempen ini adalah bagi memberikan kesedaran awam betapa pentingnya masyarakat harus sedar akan kepentingan penggunaan air bawah tanah pada masa akan hadapan. Satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh En. Jaineh Linggi. Kempen kesedaran awam kepentingan air bawah tanah ini juga turut disertai oleh Tuan Pengarah JMG Sabah dan beberapa orang pegawai geosains dari JMG Sabah. Lokasi sasaran pada kali ini adalah Kg. Tongkul, Kota Marudu, Sabah.
Bersama JKKK Kg. Tongkul, Kota Marudu