KOTA KINABALU, SABAH ~ 28 November 2017, pembentangan laporan draf akhir mengenai Pelan Pemulihan Bekas Lombong Tembaga Mamut di Jabatan Perlindungan Alam Sekitar.
JMG Sabah merupakan salah satu ahli jawatankuasa teknikal tetap dalam Jawatankuasa Pembentangan Pelan Pemulihan Bekas Lombong Tembaga di Mamut. JMG Sabah banyak membantu dan memberikan maklumat berkaitan teknikal serta membantu melaksanakan kajian tersebut. Ahli yang terlibat di peringkat negeri ialah Tuan Hj. Nurul Huda bin Romli selaku Ketua Unit Lombong dan Kuari JMG Sabah, beliau dibantu oleh En. Mohd. Shafreen bin Mad Isa (Pegawai Geosains Unit Lombong dan Kuari JMG Sabah). Mereka berdua merupakan ahli jawatankuasa tetap dalam perlaksanaan Pemulihan Bekas Lombong Tembaga Mamut. Namun demikian, pegawai-pegawai lain juga turut sama menyumbangkan buah fikiran dan tenaga mengikut kepakaran masing-masing.