TAWAU, SABAH November 27, 2017 ~ Program lawatan sambil belajar ke Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Tawau, Sabah. Program lawatan ini merupakan salah satu yang termasuk dalam kalender lawatan pada tahun ini.
Lawatan ini diketuai oleh Pengarah JMG Sabah sendiri, bersama pegawai-pegawai geosains yang lain. Rombongan lawatan ini dibawa melihat sekeliling kawasan air panas oleh Madam Liew selaku Pengurus Pusat Rekreasi ini. Negeri Sabah tidak hanya tertumpu kepada Kolam Air Panas di daerah Ranau, malahan di daerah Tawau juga terdapat kolam air panas sebagai salah satu tempat untuk dikunjungi oleh pelancong dalam dan luar negeri. Kolam Air Panas ini agak jauh dari Pusat Bandar Kota Kinabalu jika menaiki kenderaan darat.
http://blog.jmg.gov.my/2017-11-28-07-44-59#sigProIdfdd510e20a
Gambar kenangan di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Tawau
Abadikan kenangan di lokasi Kolam Air Panas Tawau
Gambar kenangan bersama Madam Liew selaku Pengurus Pusat Air Panas Tawau