DIALOG TRANSFORMASI NASIONAL 2050 (TN50)

DIALOG TRANSFORMASI NASIONAL 2050 (TN50)

TUARAN, SABAH (22 JANUARI 2018): ISNIN Jam  2.00 petang, satu program yang berlangsung di Kampus INTAN Sabah, Jalan Tuaran, Sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi mendengar Aspirasi Rakyat khususnya di negeri Sabah ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB. Dato' Sri Hajah Nancy Shukri merupakan tetamu kehormat pada majlis ini justeru merasmikan majlis sesi dialog ini, antara ketua-ketua jabatan yang turut hadir adalah Ketua Pengarah LPKP, Ketua -ketua Jabatan/Agensi Kerajaan dan Swasta serta Persatuan-persatuan Pengangkutan Awam dan NGO turut hadir pada hari ini.

Sesi dialog ini berlangsung selama tiga jam bagi mendengar luahan dan rintihan persatuan serta NGO bagi menangani masalah yang dihadapi sekarang sebelum menjelang 2050.

Kakitangan JMG Sabah yang menerima jemputan untuk hadir bersama dalam sesi dialog ini antaranya Tn. Hj. Japili bin Samin, En. Lim Nyuk Phen, En. Awang Besar bin Hj. Kula, En. Herorisan bin Paruka dan En. Mohd Azrol bin Mohd Hanaffi.

tn50-1

 

 

Written by : AZROL