TUARAN, SABAH (10 APRIL 2018) : SELASA, satu aktiviti peletupan telah dijalankan bertempat di sebuah kuari di Kg. Musong Kindu, Tuaran oleh pihak Angco Quarry (KK) Sdn. Bhd. Dua orang pegawai dari JMG Sabah ditugaskan hadir di lokasi tersebut bagi menjalankan kerja memantau pelaksanaan kerja peletupan tersebut. Mereka yang terlibat dalam memantau kerja-kerja peletupan ini adalah En. Arthur Leo (Pembantu Geosains C22) dan En. Mohd. Azrol bin Mohd. Hanaffi (Pembantu Operasi).
LAWATAN TAPAK PERMOHONAN TELAGA TIUB DI MAKTAB THEOLOGI RANAU, SABAH
RANAU, SABAH (22 MAC 2018) : KHAMIS, Satu lawatan tapak permohonan telaga tiub telah dijalankan di Maktab Theologi Ranau, Sabah.
LAWATAN TAPAK PERMOHONAN TELAGA TIUB DI KG. LABUAN DAN KG. SEMBIRAI, KOTA BELUD, SABAH
KOTA BELUD, SABAH (21 MAC 2018) : RABU, Satu lawatan tapak permohonan telaga tiub telah dijalankan di Kg. Labuan dan Kg. Sembirai, Kota Belud, Sabah.
PERSIAPAN PERASMIAN TELAGA TIUB DAN PROGRAM KESEDARAN AWAM DI KG TANGKOL KOTA MARUDU, SABAH
KOTA MARUDU, SABAH (19 MAC 2018) : ISNIN, Pada 18 dan 19 Mac 2018 merupakan tugas-tugas persiapan akhir untuk program dan majlis Perasmian Telaga Tiub di Kg. Tangkol, Kota Marudu, Sabah.
KAJISELIDIK KESAN KEJADIAN GEMPA 08 MAC 2018
KOTA KINABALU, SABAH (12 MAC 2018) : ISNIN, Jabatan Mineral dan Geosains Sabah (JMG) telah mengadakan kajiselidik akibat daripada kejadian gempa di Gunung Kinabalu yang berskala 5.2 richter pada 08 Mac 2018 (Khamis) jam 9.06 malam yang merangkumi daerah Kundasang, Ranau, Kota Belud dan Kota Marudu.