PERSIAPAN PERASMIAN TELAGA TIUB DAN PROGRAM KESEDARAN AWAM DI KG TANGKOL KOTA MARUDU, SABAH

PERSIAPAN PERASMIAN TELAGA TIUB DAN PROGRAM KESEDARAN AWAM DI KG TANGKOL KOTA MARUDU, SABAH

KOTA MARUDU, SABAH (19 MAC 2018) : ISNIN, Pada 18 dan 19 Mac 2018 merupakan tugas-tugas persiapan akhir untuk program dan majlis Perasmian Telaga Tiub di Kg. Tangkol, Kota Marudu, Sabah.

JMG Sabah merupakan penganjur utama majlis ini, dan ahli jawatankuasa yang terlibat adalah di kalangan warga JMG Sabah sendiri. Ahli jawatankuasa perasmian tersebut bertungkus lumus memastikan agar segala persiapan berjalan dengan lancar. Mereka mengambil masa selama dua hari untuk mempersiapkan segala persiapan sebelum bermula acara perasmian tersebut.

Mereka yang terlibat dalam perasmian tersebut adalah kakitangan dari Unit Geosains Aktiviti Hidrogeologi iaitu En. Abdul Arif bin Tahar, En. Jasni bin Jaya, En. Ali Akbar bin Amil Hassan, Pn. Mary Chew dan beberapa orang kakitangan JMG Sabah dari pelbagai unit dan aktiviti seperti En. Malai Osman bin Malai Muhamad, En. Mujahid Supilin, En. Herorisan bin Paruka, En. Levy Mosungkai, Pn. Besty Jenna Adim, Pn. Normi Adok, Pn. Vianni Vincent, Cik Norven (Pelajar Latihan Industri), En. Mohd. Azrol bin Mohd. Hanaffi, En. Suhaimie bin Suman, En. Anthony Lee dan En. Peter Suking. Manakala pegawai yang terlibat dalam persiapan ini adalah En. Jaineh Lingi, Ketua Aktiviti Hidrogeologi dan En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee, Ketua Unit Pengurusan Maklumat.

PTKM1

PTKM2

PTKM3

PTKM4

 

Written by : AZROL